Salam Sejahtera
Sepanjang tempoh berlakunya wabak COVID-19 di kawasan Tawau, Hospital Tawau telah menerima pelbagai bantuan dan sumbangan dari segi minuman, makanan dan barang-barang daripada masyarakat Tawau. Pihak Hospital mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan terhadap keperihatinan dan bantuan yang diberikan.
Pihak Hospital Tawau ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa kami TIDAK PERNAH melantik individu, organisasi ataupun ejen untuk memohon bantuan daripada masyarakat terutama sekali dari segi sumber kewangan. Oleh itu pihak Hospital Tawau tidak bertanggungjawab terhadap semua individual, organisai ataupun ejen yang meminta atau mengumpul derma menggunakan mana-mana platform seperti media social dan pungutan dari pintu ke pintu dan sebagainya.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pengarah Hospital atau En. Pang Chun Shong di Talian 089983533.
Sekian, terima kasih. HOSPITAL TAWAU
Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am 12.30 pm-7.00 pm
Isnin-Jumaat 12.30 pm-2.00 pm dan
4.30 pm -7.00 pm