Laman Web Rasmi Hospital Tawau | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Masa Melawat

Hari Kelepasan AM
(Cuti Umum, Cuti Sabtu dan Ahad)
6.30 am -  7.00 am
12.30pm -  7.00 pm

 Hari Bekerja
(Isnin-Sabtu)
6.30 am  -  7.00 am 
12.30pm -  2.00 pm
4.00  pm -  7.00 pm


Informasi > Profil Jabatan > Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Kami kakitangan hospital berjanji untuk berusaha memberi perkhidmatan perubatan mengikut prinsip-prinsip berikut:

KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN

1. Setiap pelanggan akan diberi rawatan perubatan sewajarnya yang berkualiti    di hospital ini tanpa mengira umur, jantina,agama atau taraf sosio-ekonomi.

2. Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera.


3. Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk kepada hospital lain yang sesuai.

 

TARAF PERKHIDMATAN

1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik,mesra,bertimbangrasa,hormat dan bersopan santun,jujur dan ikhlas.


2. Setiap pelanggan akan diberikan perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional.


3. Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.


MAKLUMAT PERKHIDMATAN

1. Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.


2. Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.


PENDIDIKAN KESIHATAN

1.Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.

 
KEWAJIPAN PELANGGAN

Untuk membolehkan hospital melaksanakan piagam ini dengan berkesan, pesakit adalah berkewajipan untuk:

1. Mengemukakan dokumen seperti kad pengenalan atau surat beranak rujukan dan butir-butir   peribadi yang tepat semasa pendaftaran.
2. Menjaga Kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan;
3. Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab
4. Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan.


Carian
 
Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Rasmi Hospital Tawau 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.