Seksyen Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Seksyen Teknologi Maklumat admin 03-Apr-2012 3673 reads
1. OBJEKTIF
Memantau dan Memberi Khidmat Sokongan Teknikal kepada
Peralatan dan Perisian yang dibekalkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
serta Hospital Tawau agar boleh digunakan dengan baik selain untuk
membantu Kakitangan Hospital menangani masalah berkaitan ICT bagi
membolehkan mereka bekerja dengan lebih mudah dan teratur.
2. MISI
2.1 Menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang relevan kepada Hospital Tawau bagi
meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
2.2 Memberikan bantuan sokongan teknikal kepada warga Hospital Tawau bagi
menjamin perkhidmatan dapat diberikan secara berterusan.
2.3 Mengoptimumkan penggunaan ICT bagi meningkatkan pengetahuan dan budaya ICT
di kalangan warga Hospital Tawau sejajar dengan matlamat negara.
3. VISI
Untuk membantu Pengurusan Hospital Tawau, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam melaksanakan inisiatif Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) bagi mencapai misinya dengan lebih cekap dan berkesan
4. SKOP PERKHIDMATAN
4.1 Merancang dan menyediakan infrastruktur ICT selaras dengan Pelan Strategik
Teknologi Maklumat (ISP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan garis panduan
pelaksanaan aplikasi Kerajaan Elektronik;
4.2 Menyediakan perkhidmatan dan bantuan teknikal bagi pelaksanaan projek-projek
ICT KKM dan aplikasi Kerajaan Elektronik di peringkat Hospital Tawau;
4.3 Menyelenggara peralatan ICT dan rangkaian di Hospital Tawau supaya dapat
berjalan dengan lancar.