Laman Web Rasmi Hospital Tawau | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Masa Melawat

Hari Kelepasan AM
(Cuti Umum, Cuti Sabtu dan Ahad)
6.30 am -  7.00 am
12.30pm -  7.00 pm

 Hari Bekerja
(Isnin-Sabtu)
6.30 am  -  7.00 am 
12.30pm -  2.00 pm
4.00  pm -  7.00 pm


Informasi > Profil Jabatan > Jabatan Pengurusan

Jabatan Pengurusan

OBJEKTIF 

1. PENTADBIRAN
Memastikan Pengurusan Pentadbiran Pejabat dan Unit – unit lain di Hospital Tawau berjalan dengan lancar dan teratur.

2. PERKHIDMATAN
Menguruskan segala hal perkhidmatan kakitangan secara individu sesuai dengan dasar "Kakitangan Hospital adalah Pelanggan dalaman yang menjadi tunggak terpenting dalam menjayakan impian Hospital menjadi sebuah Hospital yang Cemerlang dan Gemilang”.

3. KEWANGAN
Menguruskan segala urusan kewangan Jabatan dan Unit dengan cekap dan berkesan agar Pengurusan Hospital berjalan dengan lancar.teratur dan sempurna.

MISI
Bahagian Pengurusan yang berfungsi atas dokongan Unit Pentadbiran , Unit Perkhidmatan dan Unit Kewangan yang sistematik , Penyayang , Kerja Berpasukan dan Profesionalisma dengan teknologi yang sesuai.

VISI
Sentiasa berusaha untuk menjadikan Bahagian Pengurusan sebuah Jabatan yang berinformasi yang akan memberikan perkhidmatan yang cekap dan tepat selaras dengan keperluan pelanggan

SKOP PERKHIDMATAN
Bahagian ini bertanggungjawab menguruskan segala urusan didalam semua bidang , antara aktiviti-aktiviti yang diuruskan ialah seperti ;

::PENTADBIRAN
Mengendalikan semua urusan Pentadbiran Jabatan merangkumi Perancangan , Organisasi,Penyelenggaraan,Kawalan dan Pemantauan,kebersihan,Keselamatan Pejabat, Kelengkapan Pejabat serta mesin perakam waktu dan aset Pejabat. Di samping itu ia juga menitikberatkan kebajikan kakitangan dan kemudahan perumahan,pengawalan penggunaan telepon dan fax serta penempatan dan orientasi kakitangan.

::PERKHIDMATAN
Bertanggungjawab terhadap urusan perkhidmatan kakitangan seperti Perlantikan,Pengesahan dalam Perkhidmatan,Cuti,pemberian taraf berpencen dan lain-lain hal yang berkaitan dengan Perkhidmatan. Ia juga menyelenggara Buku Perkhidmatan kakitangan agar sentiasa dikemas kinikan. Fail-fail Peribadi kakitangan juga diselenggara dengan teratur dan segala butiran direkodkan dan dirahsiakan dari pengetahuan Umum.

::KEWANGAN
Menyediakan Perjanjian Program Perbelanjaan Tahunan Hospital . Menyimpan dan merekodkan Peruntukan,Perbelanjaan dan Pecahan Peruntukan untuk semua Jabatan/Bahagian/Unit di Hospital. Menyedia dan membuat pembayaran gaji serta elaun-elaun kakitangan.Membuat pembayaran segala bil-bil pembelian barang-barang dan perkhidmatan dengan menyediakan baucer bayaran. Menyediakan laporan Perbelanjaan Bulanan yang akan dihantar ke Bahagian Kewangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Ketua Unit:

JACLYN GONDUMAN
Timbalan Pengarah(Pengurusan) M48
jaclyn@moh.gov.my


Carian
 
Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Rasmi Hospital Tawau 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.