Laman Web Rasmi Hospital Tawau | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Masa Melawat

Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am
12.30 pm-7.00 pm

 

Isnin-Jumaat
12.30 pm-2.00 pm dan

4.30 pm -7.00 pm


Informasi > Profil Jabatan > Unit Dewan Bedah

Unit Dewan Bedah

OBJEKTIF 

Menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam suasana yang bersesuaian untuk menjalankan pembedahan elektif dan kecemasan kepada peskit supaya dapat mengurangkan kesakitan, mengelakkan komplikasi bagi menyelamatkan nyawa serta pemulihan awal. Mempertingkatkan dan mengekalkan serta menjamin taraf perawatan pesakit yang bermutu tinggi setiap masa.

  

MISI

Menyedia dan memberikan kemudahan perawatan sebelum, semasa dan selepas pembedahan kepada pesakit mengikut kemampuan unit berorientasikan demi untuk kepuasan pelanggan dengan berpegang kepada nilai-nilai murni dan penyayang

 

VISI 

Menyediakan perawatan yang berkualiti kepada pesakit yang memerlukan pembedahan melalui anggota dan pasukan yang professional, cekap,penyayang,prihatin dan peka terhadap keperluan dan kehendak pesakit

 SKOP PERKHIDMATAN

::Menerima pesakit yang lengkap persediaan sebelum pembedahan untuk mendapatkan rawatan pembedahan atau teraputik yang menggunakan apa cara pembiusan keatasnya mengikut keadaan pesakit.

 ::Menyediakan kemudahan untuk rawatan pembedahan dan teraputik,major atau minor yang melibatkan pembiusan secara regional atau pembiusan am

 ::Menetapkan jadual pembedahan kepada setiap jabatan dan unit mengikut hari yang dipersetujui, kecuali untuk kes-kes kecemasan

 ::Memberi kebenaran kepada pengamal perubatan swasta melakukan pembedahan atau diagnostik di unit ini  atas persetujuan Pengarah Hospital, walau bagaimanapun kebenaran ini tertakluk kepada kontrak KKM dengan pengamal perubatan swasta tersebut

 ::Pakar-pakar yang melawat boleh melakukan prosedur pembedahan di unit ini dengan menghantar senarai pembedahan mengikut jadual yang ditetapkan untuk persediaan bilik bedah dan peralatan yang diperlukan

 ::Unit ini beroperasi 24 jam, walau bagaimanapun kes-kes elektif akan dijadualkan mengikut masa pejabat dan selepas masa pejabat, hanya kes-kes kecemasan sahaja yang dibenarkan.

 ::Jika terdapat lebih dari satu kecemasan selepas masa pejabat, jururawat yang bertugas atas panggilan akan dipanggil.

Ketua Unit:

Pn.Ratinah Binti Sanusi
Ketua Jururawat U32
ratinahsanusi@moh.gov.my


Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Rasmi Hospital Tawau 2018 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.