Unit Hemodialisis Profil Jabatan admin 03-Apr-2012 3836 reads
OBJEKTIF
1. Menyediakan rawatan hemodialisis kepada pesakit- pesakit kegagalan Ginjal yang dirujuk oleh Pakar Perunding Nefrologi atau Pakar Perunding Perubatan.
2. Memberi rawatan hemodialisis serta melakukan “Pre Renal Transplant Preparation” sebagai langkah awal untuk persediaan Program Pembedahan Pemindahan Ginjal yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.
3. Menyediakan perkhidmatan rawatan Acute Dialysis kepada semua pesakit dalam kes-kes kecemasan
MISI
Akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti ,cekap dan selamat dengan kemudahan serta kepakaran yang ada kepada semua pelanggan tanpa memilih status, warna kulit, agama dan keturunan . Sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran dan Kualiti Perkhidmatan berterusan dari masa ke semasa .
VISI
Menjadi pusat rawatan hemodialisis yang utama di Daerah Tawau melalui sistem yang adil,komited, berkualiti, dengan layanan mesra, ikhlas serta bersedia membantu sepanjang masa.
SKOP PERKHIDMATAN
1. Unit Hemodialisis Hospital Tawau menyediakan perkhidmatan Hemodialisis kepada pesakit-pesakit
yang mengidap Penyakit kegagalan Ginjal pada peringkat akhir (ESRD) .
2. Pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan “Acute Dialysis” dengan kadar segera juga disediakan
bagi kes-kes seperti berikut:
√ Acute Renal Failure (kegagalan ginjal akut)
√ Malaria
√ Keracunan parakuat
Ketua Unit:
En.Abdul Mutalib
Penolong Pegawai Perubatan U32
abdtalib@sbh.moh.gov.my