Laman Web Rasmi Hospital Tawau | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Masa Melawat

Hari Kelepasan AM
(Cuti Umum, Cuti Sabtu dan Ahad)
6.30 am -  7.00 am
12.30pm -  7.00 pm

 Hari Bekerja
(Isnin-Sabtu)
6.30 am  -  7.00 am 
12.30pm -  2.00 pm
4.00  pm -  7.00 pm


Informasi > Profil Jabatan > Jabatan Kecemasan & Trauma

Jabatan Kecemasan & Trauma

POLISI OPERASI PERKHIDMATAN:

 1.             Pendahuluan,

Sistem perkhidmatan Jabatan Kecemasan & Trauma,Hospital Tawau berfungsi mengikut polisi operasi  yang khas untuk menjamin kualiti dan prestasi yang tinggi.Polisi ini di adakan untuk membolehkan perawatan pesakit di jalankan dengan penuh prihatin dan tepat mengikut prioriti  dan keperluan pesakit.

2.             Piagam Pelanggan Kami :

2.1           Berusaha memberi perkhidmatan yang bersopan ,cepat dan tepat .

2.2           Kes-kes akan dirawat mengikut ketenatan pesakit.

2.3           Kes-kes stabil akan dirawat dalam masa 30-60 minit.

2.4           Kes kecemasan dan tidak stabil akan dirawat serta merta

3.             Piagam Pelanggan Asthma Bay:

3.1           Pesakit akan diberi laluan terus.

3.2           Kaedah rawatan mengikut panduan dalam CPG KKM .

3.3           Jangkamasa perawatan ini di asthma bay adalah diantara 20 minit hingga 4 jam,sekiranya  

                melebihi masa ini dan tiada perubahan ,pesakit akan dimasukkan ke wad perubatan.

 4.             Piagam Pelanggan Wad Pemerhatian (Observation Ward) Jabatan Kecemasan:

 4.1        Kes-kes yang memerlukan rawatan lanjut/Pakar akan diperiksa oleh

              Pegawai berkenaan  dalam masa 30 – 60 minit.

 4.2        Segala perancangan tentang perawatan akan di beritahu dari masa ke semasa.

 4.3       Pesakit – pesakit akan dimasukkan ke wad-wad berkenaan atau keluar dari wad ini selepas  

            6 jam atau setelah menerima rawatan definitive.

         

5.          Piaggam Pelanggan Zon tidak Kritikal ( Zon Hijau ):

                √Memberi rawatan yang wajarnya dalam masa 30 – 60 minit.

            Kes-kes yang memerlukan rawatan lanjut dan/atau pakar akan dibuat demikian dalam  

              masa  30 minit hingga 1 jam.

            Berusaha memberi perkhidmatan yang bersopan, cepat dan tepat 

 

6.          Piagam Pelanggan Zon Semi Kritikal ( Zon Kuning ):

            Memberi rawatan kecemasan yang wajarnya antara 3 minit hingga 15 minit.

           Kes-kes yang memerlukan rawatan lanjut/pakar dari unit/jabatan lain akan dirujukan dalam

             masa 15 – 30 minit.

          Memberitahu segala perancangan tentang perawatan pesakit dari masa kesemasa.

          Kes-kes akan dikeluarkan dari wad ini dalam masa 8 jam.

         √ Berusaha memberi perkhidmatan yang bersopan, cepat dan tepat.

          Kes-kes rujukan ke unit/jabatan kepakaran hendaklah diperiksan oleh pegawai perubatan    

            dari unit/jabatan berkaitan dalam masa 30 minit dari masa rujukan dibuat

 

7.          Piagam  Pelanggan Zon Kritikal ( Zon Merah )

                Memberi rawatan awal kecemasan yang wajarnya dengan serta merta.

             Kes-kes memerlukan rawatan lanjut/Pakar akan dirujukkan dalam masa 10 – 20 minit.

             Memaklumkan perkembangan pesakit dari masa ke semasa.

             Kes-kes kritikal yang telah stabil akan dimasukkan ke wad-wad yang berkaitan.

  

SKOP PERKHIDMATAN

 ::Jabatan Kecemasan memberikan perkhidmatan berdasarkan polisi yang mengkategorikan pesakit mengikut protokol atau prosedur tertentu (sila rujuk protokol triage).

 ::Pesakit akan ditempatkan dizon tertentu mengikut ketenatan.  Di zon ini perkhidmatan akan dijalankan oleh kakitangan yang terlatih dan mengunakan peralatan yang telah di kenalpasti.

 Perawatan Pra-Hospital

 Triage System (Sistem ‘Triage’)

 Resusitasi dan Stabilisasi.

 Kaunseling bagi kes kes Keganasan Rumah Tangga/Penderaan Kanak-kanak.

 Perawatan Cemas Asthma

 Perawatan Definitif:       

          I)  Trauma Surgery

         II)  Reduction and Manipulation

 

 

 

Ketua Unit:

 

Tn.Hj.Edy
Penolong Pegawai Perubatan U32
edy@sbh.moh.gov.my


Carian
 
Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Rasmi Hospital Tawau 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.