Laman Web Rasmi Hospital Tawau | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Masa Melawat

Hari Kelepasan AM
(Cuti Umum, Cuti Sabtu dan Ahad)
6.30 am -  7.00 am
12.30pm -  7.00 pm

 Hari Bekerja
(Isnin-Sabtu)
6.30 am  -  7.00 am 
12.30pm -  2.00 pm
4.00  pm -  7.00 pm


Informasi > Profil Jabatan > Unit Rawatan Rapi

Unit Rawatan Rapi

OBJEKTIF

 ¤Objektif utama dalam perkhidmatan Perawatan Rapi adalah memberi

 penjagaan paling optima melalui ‘Evidence – Based Practice’ pada semua

 pesakit yang kritikal yang memerlukan penjagaan rapi atau bantuan

 sokongan hidup dalam persekitaran yang  selamat dan selesa untuk pesakit

 dan keluarga pesakit.

 ¤Ketua Jabatan anesthesia dan unit Rawatan Rapi adalah bertanggung jawab

 sepenuhnya dalam segala pengurusan administri, manakala Pegawai

 Perubatan anestesiologi yang di lantik adalah bertanggungjawab dalam

 pengurusan unit setiap hari supaya morbiditi dan mortaliti boleh dielakkan.

 

MISI

 ¤ Menjadikan Perkhidmatan Kesihatan berkualiti tinggi. Menjadi penggalak,

 pencegah, pemulihan dan mengurangkan kadar kesakitan terhadap pesakit.

 ¤ Memupuk Budaya Anggota Berilmu dengan meningkatkan kebolehan dan

 kecekapan melalui Program Pendidikan Perubatan dan Perawatan yang

 berterusan.

 

VISI  

 Menjadi sebuah unit yang dapat memberi Perkhidmatan Profesional dalam

 bidang Perawatan Rapi.

  

 SKOP PERKHIDMATAN

 ¤ Unit Rawatan Rapi Am menyediakan perawatan bagi pesakit dewasa,

 pediatrik dan neonatal yang memerlukan rawatan intensif dan rawatan akut

 bagi masaalah surgical atau medical.

¤ National Audit on Adult Intensive Care’ melalui KKM – ‘Quality Improvement’

  dijalankan di unit rawatan rapi. Iaitu :-

  • Head of Bed Elevation’–posisi semi rekumben (kepala katil ditinggikan sekurang -kurangnya       30 – 45 dgree untuk meminimumkan risiko refluks gastro-esofageal dan aspirasi).

 • Sedation Vacation’ setiap hari – ubat sedatif akan  diberikan kepada pesakit melalui infuse untuk mengurangkan distress dan sakit.

  • Profilaksis ‘Peptic Ulcer Disease’ (PUD) – Kolonisasi bacteria dalam salur penghadaman dan aspirasi sekresi kedalam salur pernafasan merupakan penyebab utama  ‘ventilator Associated Pneumonia (VAP).

  • Profilaksis ‘Deep Vein Thrombosis’ (DVT) – Venous Thromboembolism (VTE)adalah berkait rapat dengan kejadian morbiditi dan mortaliti.

  • Penjagaan kateter ‘central venous’ – ‘Central Venous Catheter Care Bundle’(CVC) mestilah mmengikut protocol yang telah disediakan dan pesakit akan dipantau sehingga dibenarkan pulang kerumah.

¤ Prosidur yang di lakukan di Unit Rawatan Rapi adalah :-

  • Pemerhatian status hemodinamik secara invasif contohnya arterial line,CVP,CVC.

  • Renal Replacement’ (Peritoneal Dialisis,Hemodialisis)

  • Intubasi

  • Kemasukan tiup dada dan bronkoskopi.

 ¤ Proses kejururawatan iaitu asesmen. Perancangan,implementasi dan penilaian diikuti dengan rangka kerja perawatan diaplikasikan dalam aktiviti berikut.

  • Resusitasi serebral

  • Pemerhatian fungsi kardiak dengan interpretasi disritmia secara berterusan

  • Pemerhatiian secara berterusan terhadap keperluan fizikal dam emosi pesakit dan tindakbalas terhadap intervensi.

 • Kesan baik modaliti termasuk jagaan tiup dada, alat bantuan pernafasan, resusitasi kecemasan termasuk difibrilasi  dan pengurusan kardioversi.

 • Pemberian ubat ubatan dan intervensi farmakologi

 • Darah dan pemberian darah.

 • Pengurusan ‘artificial Arway’ dan pesakit yang dibantu dengan alat bantuan pernafasan.

 • Terapi oksigen dan ‘Pulse Oximeter’

 • Penjagaan dan pengekalan intergriti kulit

 • Pemberian nutrisi (pemberian secara enteral, TPN, dan berat badan pesakit.)

 • Sokongan psikososial dan emosi kepada pesakit dan keluarga.

 • Pengurusan kawalan jangkitan dan keselamatan.

 

Ketua Unit:

Pn.Hjh. Salasiyah Bt. Hj.Pidah
Ketua Jururawat U32
psalasiya@sbh.moh.gov.my



Carian
 
Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Rasmi Hospital Tawau 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.