Unit Perpustakaan Profil Jabatan admin 04-Apr-2012 2338 reads
PERKHIDMATAN
- Perkhidmatan Pinjaman dan Pemulangan
- Perkhidmatan Suratkabar, Majalah dan Jurnal
- Perkhidmatan Buku Rujukan “Red Spot”
- Perkhidmatan Internet
KEAHLIAN
Setiap individu perlu mendaftar sebagai ahli untuk menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Keahlian dibuka kepada semua staf Hospital Tawau. Keahlian adalah percuma.
KEMUDAHAN
- Buku-Buku Rujukan
- Surat Khabar dan Majalah
- Bilik Perbincangan dan Mesyuarat
- Pinjaman Buku
- Komputer dan Internet
- Pantry Staff
- Tandas
WAKTU PERKHIDMATAN
ISNIN - KHAMIS
8.30 am– 12.30 pm
2.00 pm– 4.45 pm
JUMAAT
8.30 am– 11.00 am
2.00 pm– 4.45 pm
SABTU / AHAD / CUTI AM - TUTUP
PEMINJAMAN BUKU
a) Hanya tiga buah buku dibenarkan untuk dipinjamkan pada satu masa. Jangkamasa pinjaman ialah 3(tiga) minggu
b) Bahan-bahan perpustakaan yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan
c) Peminjam dikehendaki membayar sebanyak dua kali ganda harga asal bahan bersama-sama dengan denda lewat pemulangan terhadap bahan yang mereka hilangkan.
MELANJUTKAN TEMPOH PINJAMAN BUKU
a) Tempoh bahan yang dipinjam boleh diperbaharui untuk 3(tiga) minggu bagi buku
b) Peminjam yang hendak membuat pembaharuan perlu memberitahu sebelum atau pada hari tarikh bahan sepatutnya dipulangkan.
c) Pembaharuan bahan dibenarkan sekali sahaja. Pembaharuan bahan boleh dilakukan secara persendirian atau melalui telefon.
RED SPOT REFERENCE BOOK
Buku-buku dengan tanda BULATAN MERAH Hanya untuk rujukan di Perpustakaan sahaja. Tidak boleh dibawa keluar.
SURAT KHABAR, MAJALAH, JURNAL
Surat khabar, Majalah, Jurnal tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan.
KEMUDAHAN INTERNET
Akses internet adalah percuma. Tidak dibenarkan melayari laman web yang dilarang dibawah pekeliling kementerian dan MAMPU seperti web lucah, judi, keganasan dan juga bisnes yang tidak bersesuaian.
Ketua Unit:
En. Abdul Mutalib Bin Dumek
Pembantu Perpustakaan S17
abdulmutalib@sbh.moh.gov.my