Unit Kerja Sosial Profil Jabatan admin 04-Apr-2012 4662 reads
OBJEKTIF
Membantu dan membimbing para pelanggan secara profesional dalam aspek psiko-sosial dan sosio-ekonomi agar mereka dapat kembali menjadi anggota keluarga dan masyarakat yang boleh berdikari serta produktif bersesuaian dengan batas kesihatan, keupayaan dan kemampuan mereka.
SKOP PERKHIDMATAN
- Membuat dan menyediakan pelbagai penilaian sosioekonomi dan psikososial untuk pesakit dalam dan pesakit yang memerlukan rawatan di luar Hospital Tawau, pesakit yang tidak mampu membayar bil, bantuan peralatan, kes-kes keganasan serta pesakit yang memerlukan bantuan am.
- Membantu menyelesaikan masalah pesakit yang dirujuk ke hospital luar atau dari hospital luar ke Hospital Tawau – menguruskan tambang perjalanan, masalah penginapan serta pembayaran bil hospital.
- Merujuk pesakit kepada pihak-pihak tertentu bagi menyelesaikan masalah pesakit – Badan Kerajaan/bukan Kerajaan, NGO, Keluarga, Sukarelawan dan lain-lain yang terlibat dengan kes pesakit.
- Menjalankan khidmat kaunseling jangkamasa pendek bagi kumpulan sasaran yang menghadapi krisis - kes rogol, keganasan rumahtangga, penderaan kanak-kanak, ibu tanpa nikah dan sebagainya.
- Discharge Management – merujuk pesakit kepada Jabatan Kebajikan atau badan kerajaan lain, mengesan keluarga pesakit serta penilaian sosioekonomi bagi pesakit yang tidak mampu membayar bil.
- Mengadakan lawatan ke rumah pesakit bagi kes-kes mengesan waris/kes dera/keganasan/kes rogol/bantuan peralatan/bantuan rawatan IJN dll.
POLISI PERKHIDMATAN
- Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP) menyediakan perkhidmatan untuk kes-kes pesakit yang dirujuk oleh Pakar/Pegawai Perubatan/Rujukan Agensi Luar/Pesakit dating sendiri ke UKSP.
- Setiap pesakit yang dirujuk akan dikendalikan berdasarkan Protokol Pengurusan Kes Jabatan ini.
- Perkhidmatan Kaunseling atau Penilaian Psikososial diberikan kepada pesakit yang memerlukan kaunseling samada kaunseling individu,kelompok atau keluarga.
- Kes-kes kaunseling / penilaian Psikososial yang memerlukan kaunseling susulan akan diberi temujanji dan setiap kes adalah sulit.
- Perkhidmatan Bantuan Praktik diberikan kepada pesakit yang tidak berkemampuan bagi membolehkan mereka mendapat rawatan yang sewajarnya.
- Setiap pesakit yang memerlukan bantuan praktik akan ditemuduga dan Laporan Sosio-Ekonomi pesakit akan disediakan
- Kriteria-kriteria yang dipertimbangkan bagi bantuan praktik:-
I. Pesakit mestilah Warganegara Malaysia.
II. Pesakit miskin yang tiada pekerjaan/tiada pendapatan tetap.
III. Pesakit yang mempunyai ramai tanggungan dan tiada pekerjaan/pendapatan tetap.
IV. Pesakit Pesakit warga tua, tiada saudara mara atau waris dan menerima bantuan
samada dari Jabatan Kebajikan Masyarakat , Baitulmal atau lain-la
V. Pesakit Orang Kurang Upaya( OKU ) mempunyai kad OKU dari Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan tiada pekerjaan.
- Surat sokongan perlu didapatkan bagi menyokong permohonan bagi bantuan praktik.
- Bagi pesakit yang menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyakarat, Baitulmal atau lain-lain, surat atau kad bantuan perlu ditunjukkan dan dilampirkan bersama.
- Setiap perkhidmatan yang diberikan terutamanya bantuan praktik adalah berdasarkan Laporan Sosio-Ekonomi pesakit.
- Pada umumnya, perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan ini adalah berlandaskan kepada Pendekatan Rawatan Sosial.
Ketua Unit:
Pegawai Kebajikan Sosial S41