Laman Web Rasmi Hospital Tawau | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Masa Melawat

Hari Kelepasan AM
(Cuti Umum, Cuti Sabtu dan Ahad)
6.30 am -  7.00 am
12.30pm -  7.00 pm

 Hari Bekerja
(Isnin-Sabtu)
6.30 am  -  7.00 am 
12.30pm -  2.00 pm
4.00  pm -  7.00 pm


Informasi > Profil Jabatan > Jabatan Oftalmologi

Jabatan Oftalmologi

PENGENALAN

Jabatan Oftalmologi, Hospital Tawau akan menjadi pusat rujukan penyakit mata dan masalah mata bagi peringkat Daerah Tawau.

Teras perkhidmatannya adalah mencakupi:-

 

  • Perkhidmatan Penjagaan Mata Sekunder.
  • Perkhidmatan Penjagaan Mata Subspecialiti.
  • Perkhidmatan Penjagaan Kecemasan Mata..
  • Perkhidmatan Optometri dan Rehabilitasi Penglihatan.
  • Latihan personal mencakupi Penjagaan Mata

 

Seiring dengan visi Kementerian Kesihatan Malaysia,Jabatan akan menyediakan pendekatan yang fokus kepada  pesakit secara holistik di dalam pengurusan pesakit yang mempunyai penyakit mata dan masalah mata dengan menggunakan operasi rawatan mengikut sistem blok.

 

 

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan rawatan klinikal yang berkesan,mesra dengan

          fasiliti sedia ada dan berusaha untuk  mengurangkan masa menunggu

          pesakit dan lain-lain ketidakselesaan.

 

  • Menyediakan perkhidmatan Oftalmologi yang berkualiti yang berstandard tinggi.

 

  • Mengembangkan kaedah perkhidmatan penyaringan mata yang efektif.

 

  • Mengadakan program pendidikan perubatan (CME) secara aktif yang akan mencakupi:-

         latihan kepada Pegawai Perubatan ,Paramedik, Pelatih Jururawat dan lain-lain pelatih.

                                                        

  • Kajian klinikal (HSR),jika perlu.

 

  • Pengumpulan data melalui sistem rekod sedia ada dan menyalurkannya kepada Data Pusat Mata  Kebangsaan (NED) untuk analisa dan evaluasi  aktiviti dan perkhidmatan.

 

 MISI

Jabatan Oftalmologi komited dan berinisitif di dalam:-

 

  • Berusaha mengamalkan perkhidmatan Oftalmologi yang mesra kepada pelanggan dan

           persekitaran hospital.

  • Berusaha mengamalkan perkhidmatan penjagaan mata pesakit dengan standard yang

           berkualiti,fokus kepada keluarga dan citarasa social, serta mesra pelanggan dan efektif.

  • Berusaha mempromosi aspek pencegahan kesihatan mata yang menekankan kepada

           penglibatan individu dalam penjagaan mata.

  • Berusaha mengadakan Latihan lanjutan (CPD) kepada doktor dan paramedik secara

           tidak langsung akan  menyumbang kepada pencapaian visi jabatan.

  • Berusaha untuk mengadakan Penyelidikan untuk memahami paten penyakit mata

           setempat agar membolehkan strategi penjagaan kesihatan mata dirancang dengan

           berkesan.

 

VISI

Untuk memastikan Daerah Tawau adalah bebas dari semua penyakit mata yang boleh dicegah dan atau penyakit kebutaan mata yang boleh dirawat.

Semua warga negara Malaysia di daerah Tawau akan lebih mudah , mampu, sama dan berpeluang untuk memperolehi perkhidmatan Oftalmologi yang berkualiti.,Bagi mereka yang buta atau cacat penglihatan,mereka akan memperolehi bantuan sosial dan pemulihan cara kerja demi untuk bantu mereka agar berdikari dan memiliki penghidupan yang selesa seperti individu dan ahli masyarakat yang lain.

 

  

 

Ketua Unit:

 

En. Bacho Nordin Y/M
Penolong Pegawai Perubatan U32
bachonordin@sbh.moh.gov.my


Carian
 
Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Rasmi Hospital Tawau 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.