Unit Hal Ehwal Islam Bahagian Sokongan admin 02-Nov-2015 1915 reads
UNIT HAL EHWAL ISLAM HOSPITAL TAWAU
PENGENALAN
Unit Hal Ehwal Islam Hospital Tawau mula beroperasi pada 1 Disember 2013. Unit ini wujud adalah sebagai satu mekanisme ke arah menjaga kebajikan orang Islam dari sudut rohani dan jasmani selaras apa yang disyariatkan oleh Islam
OBJEKTIF
Objektif Am:
Untuk menjadikan Hospital Tawau sebagai hospital yang berteraskan konsep Hospital Mesra Ibadah.
Objektif Khusus:
- Mewujudkan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah
- Menyediakan prasarana dan kelengkapan yang bersesuaian dengan Hospital Mesra Ibadah.
- Melahirkan kakitangan hospital yang mahir dalam pengurusan ibadah pesakit.
VISI
Ke arah penyediaan perkhidmatan yang berkualiti tinggi bertumpukan kepada pesakit, waris, keluarga dan kakitangan melalui kecemerlangan dalam penyelidikan, latihan, inovasi dan teknologi bersesuaian yang berteraskan nilai-nilai Islam selaras dengan konsep Hospital Mesra Ibadah.
MISI
Kami komited ke arah penyampaian perkhidmatan yang holistik dalam mewujudkan pembangunan insan yang syumul dari sudut rohani dan jasmani melalui profesionalisme, kerja berpasukan dan penyayang.
SKOP PERKHIDMATAN
- Tanggungjawab kepada hospital;
- Mewujudkan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah.
- Bertanggungjawab terhadap semua program dan aktiviti berkaitan Hal Ehwal Islam peringkat hospital.
- Perkhidmatan kepada kakitangan;
Latihan dan Pembangunan Insan kepada kakitangan:
- Menyelaraskan program-program latihan serta melaksanakan program Penerapan Nilai-Nilai Islam secara berhikmah, terancang dan berkualiti.
- Pembangunan Insan dengan melaksanakan khidmat nasihat kepada kakitangan.
- Perkhidmatan kepada pesakit dan waris;
Perkhidmatan berkaitan Hal Ehwal Islam kepada pesakit dan waris.
- Khidmat nasihat dan bimbingan kerohanian kepada pesakit dan waris.
- Ziarah dan bimbingan pengurusan ibadah pesakit.
- Khidmat Azan/Iqamah bayi yang baru lahir
- Mengawal selia pengurusan jenazah Islam;
- Berwaris.
- Tanpa waris.
- Saudara Baru.
- Menyediakan bahan penerbitan berunsurkan Islam.
- Adab Menziarahi Pesakit
- Panduan Solat Pesakit
- Panduan Tayammum
- Panduan Wuduk (Water Spray)
- Panduan Solat Wanita Hamil
- Amalan Persediaan Menghadapi Kelahiran
- Anak Tidak Sah Taraf dari Sudut Syarak
- Tanggungjawab Bapa Kepada Anak Selepas Kelahiran
- Wanita & Darah
- Peranan Waris Mnghadapi Pesakit Nazak
- Etika Bedah Siasat Menurut Islam
- Doa Harian Pesakit
Waktu Operasi
Isnin – Jumaat ( 8.00 pagi hingga 5.00 petang)
Ketua Unit
Ustazah Nurdalia Binti Abdullah
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
Tel : 089-983533 ext 8368
E-mel : nurdalia@moh.gov.my