Laman Web Rasmi Hospital Tawau | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Masa Melawat

Hari Kelepasan AM
(Cuti Umum, Cuti Sabtu dan Ahad)
6.30 am -  7.00 am
12.30pm -  7.00 pm

 Hari Bekerja
(Isnin-Sabtu)
6.30 am  -  7.00 am 
12.30pm -  2.00 pm
4.00  pm -  7.00 pm


Informasi > Profil Jabatan > Unit Kejuruteraan

Unit Kejuruteraan

Unit Kejuruteraan

VISI:

Unit kejuruteraan akan menjadi sebuah unit yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan pelbagai bidang yang menjurus kepada menjadikan institusi perubatan sebuah institusi yang cekap dan efision dalam persekitaran yang kondusif dan selamat serta moden.

MISI:

Sentiasa berusaha untuk memastikan Penswastaan Khidmat Sokongan Hospital yang diberi oleh Syarikat Konsesi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan memberi manfaat yang sepenuhnya kepada institusi kesihatan khususnya dan dapat membantu menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang bermutu tinggi kepada pelanggan amnya.

OBJEKTIF:

1. Menyedia dan memantau perlaksanaan program perkhidmatan sokongan hospital secara menyeluruh.

2. Untuk melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna hospital dengan memastikan keperluan di dalam perjanjian konsesi dipenuhi.

3. Bagi memastikan perkhidmatan sokongan hospital diberikan secara selamat, cekap dan berkesan.


SKOP PERKHIDMATAN:

1. Bertanggungjawab kepada Pengarah Perkhidmatan Kejuruteraan, Timbalan Pengarah Kanan (Perkhidmatan), Timbalan Pengarah (Operasi), Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Ketua Unit Kejuruteraan Negeri (Operasi), Pengarah Hospital dan Jurutera Negeri/Hospital (Operasi).

2. Menjalankan pemantauan dan kajian teknikal ke atas kualiti dan kesempurnaan serta kekompetenan operasi penyelenggaraan dan perlaksanaan perkhidmatan kejuruteraan Hospital oleh Syarikat Konsesi Penswastaan Khidmat Sokongan Hospital.

3. Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sistem, pepasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal dari semasa ke semasa.

4. Membantu dalam pengeluaran ’Sijil Perakuan Pelupusan’ (PEP) bagi pepasangan, peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal yang berkaitan, apabila perlu.

5. Memastikan operasi rangkaian teknologi maklumat (CMIS) dan program jaminan mutu (QAP) bagi perkhidmatan Kejuruteraan Hospital dikemaskini serta berkesan.

6. Menyemak prestasi, laporan teknikal, laporan kejadian dan aduan bagi perkhidmatan Kejuruteraan Hospital.

7. Menjalankan program mobilisasi Khidmat Sokongan Hospital dan Penyerahan Milik Hospital /Fasiliti Baru di bawah Penswastaan Khidmat Sokongan Hospital.

8. Menjalankan pemantauan ke atas perjalanan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan, sistem, pepasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal semasa Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) bagi Hospital/Fasiliti Baru.

9. Menyedia dan menyelaras maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pembayaran aset-aset tambahan di hospital sedia ada kepada pihak kontraktor.

10. Menyemak prestasi, laporan, aduan dan bil/inbois untuk pengesahan bayaran atau penalti.

11. Memberi khidmat teknikal dan profesional kepada Pengarah-Pengarah Kesihatan Negeri, Hospital dan Institusi Kesihatan mengenai perkhidmatan Kejuruteraan Hospital, kerja-kerja kecil kejuruteraan serta pembelian dan penggantian alat kelengkapan.

12. Menghadiri mesyuarat dan perbincangan di antara Pengarah-Pengarah, Juruperunding, Syarikat-syarikat konsesi dan pihak-pihak lain yang berkenaan dari semasa ke semasa.

13. Menyediakan skop kerja bagi kerja-kerja pembinaan kecil samada baru atau ubahsuai



Ketua Unit:
Wan Amirol Alif Bin Wan Norazli
Jurutera
amirol@moh.gov.my


Carian
 
Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Rasmi Hospital Tawau 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.