Unit Kesihatan Awam Bahagian Sokongan admin 04-May-2018 997 reads
PENGENALAN:
e. Fungsi Unit Kesihatan Awam terbahagia kepada dua ( 2 ) program :-
i. Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
ii. Program Kesihatan Persekitaran
VISI:
Ke arah warga kerja yang sihat fizikal, mental dan sosial serta mempromosi tempat kerja dan persekitaran yang bersih, selamat dan sihatMISI:
Memberi Perkhidmatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan yang berkualiti untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat, selesa dan sihat untuk wargakerja dan pelanggan .
OBJEKTIF DIASINGKAN KEPADA DUA ( 2 ) PROGRAM :
a. Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
i. Melaksanakan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bagi melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja
ii. Memantau aktiviti keselamatan pekerja
iii. Penyelaras Jawatan Kuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
iv. Mempromosikan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada wargapekerja dan pelanggan
v. Menyiasat dan melaporkan segala kejadian atau penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan di tempat kerja
vi. Menjalankan audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja
vii. Menyelaras aktiviti program saringan penyakit tibi, program saringan penyakit Hepatitis B, program pemeriksaan warga berumur 40 tahun ke atas dan lain-lain program pemeriksaan kesihatan di kalangan warga pekerja
b. Kesihatan Persekitaran
i. Merancang dan melaksanakan aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit - Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
ii. Memasukkan kes-kes penyakit berjangkit seperti yang dinyatakan dalam Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ke Sistem eNotifikasi
iii. Merancang dan menyelaras aktiviti keselamatan makanan-Pemeriksaan kantin dan dapur hospital
iv. Merancang dan melaksanakan aktiviti bebas asap rokok di kawasan hospital mengikut PPKHT 2004 - keluarkan kompaun yang merokok di kawasan hospital
v. Merancang dan melaksanakan aktiviti bebas denggi di kawasan hospital -tinjauan tempat berpotensi pembiakan nyamuk aedes
vi. Merancang dan melaksanakan pemeriksaan taska di hospial
Ketua Unit:
En. Mad Siral
Pegawai Kesihatan