Laman Web Rasmi Hospital Tawau | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah

Unit Rawatan Paliatif

Untitled Document
     


Pengenalan

-Unit Rawatan Paliatif telah beroperasi pada tahun 1999 dengan hanya mempunyai 8 buah katil sahaja. Memandangkan jumlah BOR tidak mencapai 50%, pada Januari 2015 jumlah bilangan katil dikurangkan kepada 6 buah katil sehinggalah ke hari ini.

-Unit Rawatan Paliatif ini telah dibuka dengan rasminya pada 07.01.1999 oleh Y.B Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Sabah iaitu Dr. Meganathan R. Ia merupakan sebuah unit yang dikhaskan untuk pesakit yang menghidap penyakit kanser peringkat terminal (Advanced Cancer), walaubagaimanapun perkhidmatan ini telah diperkembangkan kepada penyakit bukan kanser yang kronik yang tidak dapat disembuhkan (end stage).Unit Rawatan Paliatif telah dinaik taraf pada 05 hb September sehingga 31hb Disember 2016, dan telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min pada 9 jun 2017.

     


Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Menyediakan PERAWATAN DAN PENJAGAAN KEJURURAWATAN BAGI kemasukan DAN PINDAH MASUK pesakit ‘ADVANCED KANSER’ DAN ‘TERMINAL ILL’.
  • Jururawat membantu dan melaksanakan perawatan DAN PENJAGAAN KEJURURAWATAN ke atas pesakit mengikut arahan Doktor
  • Memberi perkhidmatan 24 jam tanpa melanggar polisi Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • BEKERJASAMA DENGAN TEAM PSIKIATRIK DAN KESIHATAN MENTAL BAGI SOKONGAN EMOSI, PSIKOLOGI DAN PSIKOSOSIAL kepada pesakit serta keluarga pesakit
  • Memberikan perkhidmatan transfusi darah bagi pesakit ‘thallasemia’ dan ‘aplastic anemia’ (penempatan sementara).
  • Melakukan ‘CHEMOPORT DAN CVL FLUSHING’ BAGI PESAKIT ‘ADVANCED KANSER’ YANG MEMPUNYAI CHEMOPORT (Jururawat onkologi)
  • Memantau doktor dalam menyediakan dan memberikan ubat kemoterapi kepada pesakit (paliative chemo) dengan berpandukan kepada sop onkologi.
  • Membuat laporan (nursing documentation) didalam buku rekod pesakit dan casenote pesakit.
  • Memberi tunjuk ajar kepada keluarga pesakit tentang penjagaan kejururawatan di rumah sebaik sahaja pesakit dibenarkan balik ke rumah.
  • Merujuk pesakit kepada ‘hospice association’
  • Membantu doktor dalam melakukan prosedur seperti ‘peritoneal dan abdominal tapping’

Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Rasmi Hospital Tawau 2018 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.