Laman Web Rasmi Hospital Tawau | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah

Wad Respiratori

Pengenalan

- Wad Respiratori adalah wad dibawah Jabatan Perubatan Am yang mempunai 17 buah katil. Dimana terdapat 4 buah bilik Negative Pressure untuk menempatkan pesakit yang Positive TIBI.manakala dibahagian luar 4 katil untuk pesakit perempuan dan 8 katil untuk pesakit lelaki.

- Semua kes-kes pesakit yang menggunakan ventilaor yang positive TB juga ditempatkan di wad ini sebagai langkah keselamatan bagi pesakit yang bukan TB. Selain dari itu juga untuk pesakit seperti Mers Covs,Influenza dan EBOLA, sekiranya terdapat kes

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Menyediakan Perkhidmatan untuk kemasukan pesakit untuk kes-kes yang di diagnos TIBI dan penyakit yang berkaitan  dengan pernafasan. 
  • Juga untuk kes isolasi seperti kes Mers Covs, Infuenza dan EBOLA.
  • Jururawat membantu dalam prosedur dan melaksanakan perawatan ke atas pesakit mengikut arahan Doktor
  • Memberi perkhidmatan 24 jam mengikut Polisi kejururawatan /Hospital dan Polisi Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Melaporkan dan notified kes-kes Penyakit berjangkit kepada Pegawai Kesihatan Klinik Penyakit Berjangkit dan Pegawai Persekitran.
  • Memberi Pendidikan Kesihatan kepada pesakit/waris tentang penyakit semasa di wad dan sebelum pesakit discaj ke rumah.
  • Mengambil speismen kahak untuk kes pesakit TB
  • Memberi ubat mengikut arakan Doktor (7R) dan merekodkan di Kad TIBS 10E
  • Menjaga pesakit yang menggunakan mesin ventilator yang positif TB / bukan TB
  • Menyediakan suntikan Mantoux Test kepada semua wad-wad  di Hospital yang memerlukan.
  • Memberi suntikan Mantoux Test kepada semua anggota kesihatan Hospital (Program Screening TIBI) pada setiap hari isnin dan selasa, serta membuat bacaan pada hari khamis dan jumaat.
  • Mengiringi pesakit yang akan di Step Down ke Hospital Kluster iaitu Hospital Kunak,Hospital Semporna dan Hospital Lahad Datu.
  • Mengiringi pesakit Hospital Pakar mengikut arahan Pakar seperti Hospital Queen Elizabeth / HQE 2 dan lain-lainnya.
  • Memastikan semua kemasukan pesakit telah direkodkan ke dalam buku kemasukan.
  • Membuat laporan (Nursing Documentation) didalam buku laporan harian kejururawatan dan Rekod Perubatan Pesakit.
  • Memastikan semua pesakit yang discaj telah diterangkan temujanji dan rawatan susulan serta ubat-ubatan.
  • Nota Discaj dan kepingan caj diberi kepada pesakit/waris untuk ke Unit Hasil, untuk membuat pembayaran.

Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Rasmi Hospital Tawau 2018 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.