Laman Web Rasmi Hospital Tawau | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah

Patologi

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan profesional di dalam bidang berikut: Patologi Kimia (Biokimia), Mikrobiologi Perubatan, Serologi, Hematologi dan Histologi/Sitologi.
  • Memberi perkhidmatan rundingcara kepada pakar-pakar dan pegawai perubatan di hospital dan klinik-klinik.
  • Memberi latihan kepada anggota kerja di jabatan, hospital, klinik, pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan agensi kerajaan yang lain.
  • Menjalankan kajian dan memberi kerjasama dalam bidang penyelidikan bagi mengembangkan bidang patologi.

 
VISI
Jabatan Patologi Hospital Tawau menuju kearah perkhidmatan berbudaya cemerlang dan berteknologi tinggi dalam memberikan perkhidmatan patologi berasaskan teknologi diagnosis semasa disamping mengutamakan kejituan, ketepatan, kualiti, efisiensi dan inovasi serta mesra pelanggan.

MISI
Kami bertekad untuk berkerja secara berpasukan dan profesional untuk:

  • Menjadikan makmal Patologi sebagai pusat rujukan kepada Zon Tawau, khasnya kepada Hospital Kunak, Hospital Semporna dan Hospital Lahad Datu.
  • Memberikan perkhidmatan patologi yang professional, berkualiti serta efisien menggunakan teknologi yang bersesuaian.
  • Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif bagi pembelajaran berterusan dan peningkatan kerjaya.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan berterusan melalui aktiviti kajian kepuasan dan maklumbalas pelanggan.

PIAGAM PELANGGAN

  • Analisa keputusan yang tepat, jitu dan berkualiti berdasarkan kaedah semasa yang bersesuaian akan dikeluarkan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.
  • Setiap pelanggan akan dilayan secara mesra, sopan, profesional dan prihatin.
  • Pelanggan akan diberi penjelasan mengenai ujian yang diminta, jika perlu.
  • Segala maklumat pesakit dan keputusan ujian yang dijalankan adalah terpelihara dan sulit.
  • Setiap keputusan ujian akan dikeluarkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan bergantung kepada status permohonan samada ujian segera (Urgent) atau ujian biasa (Routine).

SKOP PERKHIDMATAN

  • Menyediakan ujian-ujian diagnostik, saringan dan pemantauan rawatan dalam pelbagai disiplin patologi (Rujuk Patology Hand Book Hospital Tawau).
  • Menghantar sampel-sampel ke makmal rujukan seperti Makmal Patologi, Hospital Queen Elizabeth, IMR, HKL dan makmal rujukan yang lain bagi ujian-ujian yang tidak dilakukan di Jabatan Patologi Hospital Tawau (Rujuk Hand Book Jabatan Patologi, Hospital Tawau).
  • Memberikan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat berkenaan ujian-ujian yang ditawarkan dalam pelbagai bidang patologi.
  • Memberikan latihan kepada pelatih-pelatih juruteknologi makmal perubatan, kakitangan hospital, pelajar-pelajar universiti dan lain-lain agensi kerajaan dengan kebenaran diperolehi dari Pengarah Hospital.
  • Terlibat dalam penyelidikan yang memerlukan pelbagai perkhidmatan patologi. Jika melibatkan penyelidikan dari organisasi luar, kelulusan Pengarah Hospital adalah diperlukan.

PENERIMAAN ADUAN

    Semua aduan akan disimpan di dalam fail laporan insiden dan akan disemak.
    • Aduan yang melibatkan kepentingan perkhidmatan dan pesakit akan dikeluarkan dokumen laporan insiden (incident report).
    • Dokumen laporan insiden perlu dilengkapkan oleh anggota yang terlibat dalam tempoh 7 hari bekerja.
    • Salinan dokumen laporan insiden akan di hantar kepada pengadu dan Pengarah Hospital sebagai bukti menjawab dan bukti tindakan yang telah dijalankan jika diperlukan.
    • Jika melibatkan keputusan makmal, adalah perlu aduan dibuat sebelum 3hari keputusan dikeluarkan. Ini kerana tindakan yang cepat akan memberikan lebih kebaikan kepada pesakit dan perkhidmatan.
    • Pihak Jabatan Patologi boleh dihubungi melalui beberapa nombor sambungan talian yang disediakan.

    Carta Organisasi Jabatan Patologi

     

    Aktiviti Jabatan

     

     


Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Rasmi Hospital Tawau 2020 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.