Objektif, Visi dan Misi Profil Jabatan admin 07-Mar-2012 5701 reads
Objektif:
"Memberikan perkhidmatan dan rawatan yang cekap serta berkesan dengan kemudahan yang sedia ada."
Visi:
"Setiap pelanggan Hospital Tawau sentiasa mendapat perkhidmatan yang berkualiti dan melibatkan diri dalam penjagaan kesihatan ke arah pembentukan masyarakat yang sihat"
Misi:
"Merealisasikan Visi hospital melalui pelbagai jenis perkhidmatan perubatan yang berorientasikan pesakit dan warga hospital yang mengamalkan budaya kerja berpasukan penyayang dan profesionalisme."
Strategi:
-Menyediakan perkhidmatan yang berorientasikan pesakit dan warga hospital yang mengamalkan budaya kerja berpasukan, penyayang dan profesionalisma.
-Mempastikan rawatan/perkhidmtan yang diberikan mengikut piawai/garis-panduan sedia ada.
-Memastikan kakitangan yang terlatikh dan berkemahiran untuk melaksanakan perkhidmatan yang sedia ada secara cekap dan profesionalisma
-Menjalankan pendidikan berterusan kepada semua kakitangan untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan semasa dan terkini.
-Mempertingkatkan penggunaan kemudahan infrastruktur dan sumber tenaga yang sedia ada secara optima.
-Menyediakan kemudahan dan penyelenggaraan insfrastruktur bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan memenuhi keperluan piawai/kualiti yang ditetapkan.
-Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, selesa dan selamat mengikut peraturan am keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
-Mengenalpasti peruntukan dan penyediaan sumber yang diperlukan adalah mencukupi dengan perancangan yang sistematik dan teratur.
-Mempertingkatkan kesedaran awam mengenai penjaan kesihatan melalui pendidikan kesihatan, kempen dan forum.
-Mengambil tindakan ke atas aduan yangditerima bagi mempertingkatkan kredibiliti hospital mengikut kemampuan sedia ada.
-Memastikan keperluan pelanggan dikenalpastim difahami dan dipenuhi mengikut kemampuan hospital dan peraturan yang sedia ada.
-Sentiasa berusaha untuk melaksanakan proses penambahbaikan secara berterusan bagi mempertingkatkan keberkesanan sistem pengurusan kualiti dan penyampaian perkhidmatan rawatan pesakit.
-Menjalankan pemantauan kualiti berterusan ke atas setiap perkhimatan yang diberikan mengikut garis-panduan atau piawai yang sedia ada.