Laman Web Rasmi Hospital Tawau | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah


Utama »» Soalan Umum

Senarai Soalan
Bilakah Masa Melawat
Hari Kelepasan AM
(Cuti Umum, Cuti Sabtu dan Ahad)
6.30 am - 7.00 am
12.30pm - 7.00 pm

Hari Bekerja
(Isnin-Sabtu)
6.30 am - 7.00 am
12.30pm - 2.00 pm
4.00 pm - 7.00 pm
Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan ?
Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan (di jalan raya / di tempat kerja / domestik) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.
Berapakah caj kemasukan @ cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara ?
Bagi Warganegara wang cagaran berbeza mengikut disiplin:
-RM 30 untuk kes Perubatan atau Pembedahan dan
-RM 15 bagi kes Sakit Puan.

Bagi Bukan Warganegara:
-RM 1100 bagi kes Perubatan atau Pembedahan
-RM 800 bagi kes Sakit Puan.
Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran?
Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.
Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran?
Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan.
Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran ?
Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL)


Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Rasmi Hospital Tawau 2019 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.