Laman Web Rasmi Hospital Tawau | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah


 Jabatan Kecemasan & Trauma

 Category : Direktorat Perkhidmatan Pembedahan | Published by admin 13-Nov-2018 (9419 reads)

Pengenalan

Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Tawau memberi perkhidmatan kecemasan 24 jam kepada populasi sekitar kawasan daerah Tawau dan beberapa kawasan yang berdekatan serta bertanggungjawab dalam melakukan penilaian awalan, perawatan, stabilisasi, dan penempatan pembedahan dan perubatan kecemasan.

Jabatan Kecemasan dan Trauma ini juga menyediakan suasana persekitaran yang selamat dan perawatan kecemasan yang efisyen disamping pengurusan klinikal audit dan penyelidikan. Perkhidmatan yang diberikan adalah berdasarkan plan yang komprehensif termasuklah pengendalian Pra Hospital, resusitasi, stabilisasi dan pengurusan perawatan ’definitive’, Khidmat Pusat Bersepadu (OSCC) dan pengendalian pasukan perubatan. Perawatan pesakit adalah berdasarkan ketenatan dan keadaan klinikal pesakit.

 Plan pengurusan pesakit memerlukan pendekatan yang meluas termasuklah fokus kepada pelanggan, perawatan yang berkualiti, tahap kesihatan yang baik dan menjaga maruah pesakit. Selain itu, beberapa pendekatan lain bagi pesakit seperti aktiviti pendidikan kesihatan. Ia menjadi aktiviti perkhidmatran di Jabatan Kecemasan & Trauma khususnya. Oleh kerana Hospital Tawau termasuk di dalam rangkaian kawasan, Jabatan Kecemasan & Trauma berfungsi sebagai pusat bantuan apabila berlaku bencana.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan Pre-Hospital (Pre Hospital Care)
Perkhidmatan Ambulans Kecemasan: memberikan perkhidmatan pasukan Ambulans bagi penduduk setempat yang memerlukan.
Bertindak menjadi penghubung bagi pusat panggilan (MECC/Call Centre) bagi menggerakkan perkhidmatan ambulans di klinik-klinik komuniti.

Liputan Perubatan Bergerak (Medical Standby Team)
Perkhidmatan Rawatan Pesakit (Hospital Care)

  • Menyediakan perkhidmatan diagnostik dan penstabilan bagi kes-kes kecemasan dan trauma 24 jam sehari, sepanjang tahun.
  • Melakukan proses triaging (saringan) bagi menentukan keterukkan kes dan memberikan keutamaan kepada kes-kes Merah dan Kuning.
  • Menyediakan rawatan pesakit bukan kecemasan diluar waktu pejabat.

Pengurusan Bencana

  • Menyediakan Pasukan Perubatan yang bertindak menilai skala kejadian bencana, dan memberikan rawatan awal di tempat kejadian.
  • Memberikan nasihat dan input bagi mengaktifkan Pelan Tindakan Bencana peringkat hospital.
  • Menjadi penggerak utama dalam merancang, mengkordinasi dan melaksanakan rawatan bagi mangsa bencana sekiranya berlaku.

 

Perkhidmatan Lain

  • Menjalankan pemeriksaan dan rawatan bagi tahanan polis.
  • Menguruskan One Stop Crisis Centre
  • Menguruskan perkhidmatan Ambulans untuk kes-kes rujukan dan inter-fasiliti.
  • Menjadi penghubung kepada unit forensik bagi kes-kes post-mortem dan yang melibatkan perundangan.
  • Memberikan perkhidmatan khidmat latihan untuk Pelatih Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan (PPP), Pegawai Perubatan Siswazah (HO), Pelatih Pos Basik dan PPP yang menjalani Program Penempatan Wajib (PPW).
  • Menyediakan kemudahan Dewan Bedah Kecil bagi perkhidmatan pembedahan yang ringan.

Kemudahan

 Kaunter Triage Primer (Primary Triage)

Merupakan kaunter yang ditugaskan untuk melakukan saringan (triaging) terhadap pesakit yang datang ke Jabatan Kecemasan dan melakukan zoning bagi mengkelaskan pesakit mengikut keterukkan dan keutamaan.
Kaedah melakukan Triage hendaklah berpandukan Triage Protocol yang diperakui oleh Ketua Perkhidmatan Kecemasan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Triage Sekunder (Secondary Triage)

Anggota yang bertugas di bilik ini bertanggungjawab melakukan saringan kedua bagi semua pesakit yang di triage hijau oleh triageur pertama dengan mengambil tanda-tanda vital dan ujian berkaitan. Pesakit boleh di up-triage ke Kuning atau Merah mengikut protokol seperti yang digariskan oleh Pakar/Ketua Jabatan

Triage Merah

Triage Merah bermaksud Kritikal dan perlu dimasukkan ke Zon Merah dengan kadar serta merta. Anggota yang melakukan Triage hendaklah menekan buzzer sebanyak tiga kali sebagai kaedah bagi memberitahu anggota yang bertugas di Zon Merah akan kemasukkan kes kritikal ke zon mereka.
Beliau boleh membawa pesakit atau mengarahkan pembantunya membawa pesakit melalui pintu kuning (melalui zon kuning) atau terus ke zon merah (melalui pintu merah), mengikut pertimbangan dan keadaan kes.

Triage Kuning

Triage Kuning bermaksud Semi-Kritikal. Pesakit yang di Triage Kuning perlu dirawat selewat-lewatnya 15 minit selepas waktu pesakit didaftarkan, atau sebelum masa maksima yang ditetapkan oleh NIA/KPI Kementerian Kesihatan Malaysia.
Anggota yang melakukan triage perlu menekan buzzer sebanyak dua kali bagi memberi amaran tentang kemasukan kes ke zon kuning.
Kes dimasukkan melalui pintu kuning.

Triage Hijau

Triage hijau bermaksud Tidak Kritikal. Pesakit yang di triage hijau perlu menjalani saringan kedua di bilik Triage Sekunder (Secondary Triage) bagi menjalani pemerhatian tanda-tanda vital dan ujian ringkas yang berkaitan. Pesakit yang didapati tidak stabil boleh ditriage ke Triage Merah atau Kuning bagi mendapatkan rawatan segera. Bagi pesakit yang stabil, pesakit akan diminta ke ruang menunggu bagi menanti rawatan oleh Pegawai Perubatan. Bagi pesakit yang stabil tetapi uzur, beliau boleh di masukkan ke Wad Pemerhatian dan akan dilihat oleh Pegawai Perubatan di Wad Pemerhatian.

Pesakit Asthma

Pesakit yang di triage sebagai Asthma yang ringan (Mild Asthma) akan dimasukkan terus ke Bilik Asthma (Asthma Bay) dan diberikan rawatan Nebuliser. Kad rawatan pesakit ditanda hijau, ditulis G1 dan mempunyai copAsthma‟. Bagi Asthma yang sederhana (moderate) dan teruk (Severe), pesakit akan dimasukkan ke Zon Kuning atau Merah dan dirawat di zon berkenaan.

Bilik Prosedur

Prosedur pembedahan kecil dilakukan di bilik ini. Antara prosedur yang dimaksudkan termasuklah Toilet and Suture, Incision and Drainage, Exploration, Wound Dressing, Irrigation, Nail Avulsion dan prosedur-prosedur kecil yang lain.

One Stop Crisis Centre (OSCC)

Mangsa penderaan dan/atau gangguan seksual, penderaan kanak-kanak, keganasan rumahtangga dan penderaan fizikal akan dimasukkan terus ke dalam bilik OSCC sebaik sahaja ditriage tanpa perlu menunggu di ruang menunggu jabatan kecemasan. Pendaftaran akan dilakukan oleh anggota/waris yang mengiring mangsa dan pemeriksaan tanda vital akan dilakukan di dalam bilik OSCC oleh anggota yang bertugas, sebelum mangsa diperiksa oleh pegawai perubatan. Rujukan ke jabatan yang berkaitan akan dilakukan oleh Pegawai Perubatan yang bertugas sekiranya perlu. 7.10 Bilik Plaster / Bilik Dental Kes-kes kecederaan dan kepatahan yang di rujuk ke Jabatan Orthopedik yang tidak memerlukan kemasukan ke wad tetapi perlu rawatan POP, prosedur tersebut akan dilakukan di bilik plaster. Pesakit kemudiannya akan diberikan temujanji di klinik Ortopedik bagi rawatan ulangan. Kes yang dirujuk kepada Pegawai Pergigian akan dilihat di bilik ini, sekiranya diminta oleh Pegawai Pergigian. Bilik ini juga dilengkapi dengan dental chair untuk prosedur pergigian.

Perkhidmatan Ambulans

Disediakan 24 jam, mengikut waktu perkhidmatan jabatan. Panggilan Ambulans diterima oleh anggota yang bertugas di Primary Triage. Penggera akan dibunyikan sekali bagi mengaktifkan anggota yang ditentukan agar membentuk satu pasukan ambulans dan bergerak ke tempat perkhidmatan diperlukan.

Code Blue

Disediakan 24 jam, mengikut waktu perkhidmatan jabatan. Senarai tempat yang dilitupi oleh Jabatan Kecemasan adalah seperti yang tersenarai didalam Protokol Kod Biru ( Code Blue Protocol). Panggilan kecemasan diterima oleh anggota yang bertugas di Primary Triage. Penggera akan dibunyikan sebanyak empat kali bagi mengaktifkan anggota yang ditentukan agar membentuk satu pasukan perubatan dan bergerak ke tempat perkhidmatan diperlukan.

Bilik Pemerhatian

Bagi pesakit stabil dari zon hijau yang uzur, boleh menempatkan pesakit yang memerlukan pemerhatian berkala.
Dewan Bedah Kecil
Merupakan tempat dimana prosedur pembedahan kecil dilakukan. Antara pembedahan kecil termasuklah biopsy, disloughing, amputasi anggota kecil dan prosedur bersunat.

  Print article 

Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Rasmi Hospital Tawau 2021 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.