Laman Web Rasmi Hospital Tawau | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah


 Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G)

 Category : Direktorat Perkhidmatan Wanita & Kanak Kanak | Published by admin 04-Oct-2018 (715 reads)

Pengenalan


- Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Hospital Tawau telah menjadi pusat rujukan dari Hospital  Kunak dan Hospital Semporna (iaitu Hospital Tanpa Pakar), Hospital Lahad Datu dan kadang kala menjadi pusat rujukan dari negara Indonesia.  Kes-kes yang dirujuk adalah kes-kes ibu mengandung atau selepas bersalin yang berisiko tinggi dan  memerlukan bantuan kepakaran. Jabatan O&G menyediakan dua perkhidmatan iaitu pesakit luar dan  pesakit dalam.

- Untuk perkhidmatan pesakit luar ia dijalankan di Klinik  Pakar O&G dimana sebelum ini Klinik ini beroperasi di Klinik Pakar poliklinik. Pada 10.04.2017 Klinik O&G mula beroperasi  di Bangunan Lama ‘Ground Floor’ dimana Klinik ini mempunyai 5 buah bilik dan setiap bilik dibantu oleh seorang Jururawat Masyarakat. Terdapat 2 orang Pembantu Tadbir(PT) bertugas di Klinik O&G.

- Untuk perkhidmatan pesakit dalam, terdapat 5 wad dengan mempunyai jumlah katil rasmi sebanyak 77 buah katil. Wad -wad adalah terdiri daripada:-

i) Wad Antenatal (mempunyai 21 katil rasmi termasuk 1 bilik 1st class)    
ii) Wad Postnatal (mempunyai 20 katil rasmi )
iii) Wad Maternity 3/PAC (mempunyai 15 katil rasmi)
iv) Wad Bersalin (mempunyai 7 buah katil untuk bersalin) 
v) Wad Ginekologi (mempunyai 21 katil rasmi termasuk 1 bilik 1st class)

- Selain daripada 5 buah wad, Jabatan O&G juga mempunyai Unit Laktasi untuk membantu ibu-ibu dalam memberi pendidikan dan penjagaan berkaitan dengan penyusuan susu ibu di Hospital Tawau. Semua Wad dan Unit Laktasi berada di Bangunan Lama Tingkat 1 manakala Wad Maternity 3/PAC di ‘Ground Floor’ Hospital Tawau. Untuk kemasukan pesakit kes-kes rujukan, kes akan melalui Jabatan Kecemasan dan Trauma manakala untuk kes bukan rujukan atau dari Klinik O&G akan masuk melalui Wad Maternity 3/PAC

- Jabatan Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Tawau akan sentiasa memberikan perkhidmatan yang professional dan dedikasi kepada semua ibu mengandung yang datang ke hospital untuk mendapatkan bantuan penjagaan dan perawatan untuk kes Antenatal,Postnatal dan Genikologi.

Objektif Jabatan

  • Untuk memperbaiki kualiti penjagaan ibu-ibu mengandung dan untuk memastikan keselamatan bayi semasa dilahirkan terutama pada kes-kes yang berisiko tinggi.
  • Untuk mengurangkan kadar kematian dan kecacatan ibu dan bayi.
  • Memastikan kelahiran bayi yang sihat dan normal dengan adanya penjagaan ibu mengandung yang berkualiti.
  • Untuk mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pada ibu-ibu semasa bersalin.
  • Untuk mengurangkan komplikasi selepas bersalin dan mempercepatkan penyembuhan.
  • Memberi pendidikan dan bimbingan kesihatan kepada ibu-ibu.
  • Memastikan 10 Langkah Ke arah Menjayakan Penyusuan Susu Ibu sentiasa diamalkan oleh semua anggota yang ditugaskan di Unit ini.
  • Untuk memberi diagnosa, rawatan termasuk pembedahan yang tepat, berkesan serta memberi keselesaan kepada pesakit wanita yang mempunyai sakit puan.

Perkhidmatan yang disediakan

  • Memberi perkhidmatan kaunseling sebelum mengandung, penjagaan ibu sebelum bersalin semasa bersalin dan selepas bersalin.
  • Menjadi tempat rujukan untuk kes-kes O&G dari hospital-hospital pantai timur sabah dan dari negara seberang iaitu Indonesia.
  • Membuat lawatan ke hospital daerah seperti Hospital Kunak dan Hospital Semporna.
  • Menjaga ibu bersalin yang normal dan berisiko.
  • Penjagaan ibu dan bayi selepas bersalin.
  • Memberi Perkhidmatan Immunisasi awal.
  • Memberi Perkhidmatan rujukan kemandulan dan reproduksi.
  • Memberi Perkhidmatan Gynae-Oncology.
  • Mengutamakan dan mempromosikan Penyusuan Susu Ibu melalui “Baby Friendly Initiative”.
  • Mengendalikan kes-kes Rogol dan “Domestic violence” yang melibatan polis.
  • Memberi Pendidikan kesihatan melalui forum dan kursus.
  • Memberi Perkhidmatan “Home Retrieval Team”(HRT) untuk kes ibu mengandung dan selepas bersalin yang bermasalah samada di rumah atau di klinik swasta

  Print article 

Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Rasmi Hospital Tawau 2021 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.