Laman Web Rasmi Hospital Tawau | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah


 Unit Dewan Bedah

 Category : Direktorat Perkhidmatan Pembedahan | Published by admin 15-Oct-2018 (280 reads)

Jabatan pembedahan menyediakan perkhidmatan kepakaran untuk pesakit di Daerah Tawau, Sabah. Sejak penubuhannya pada awal 60 an. Perkhidmatan yang diberi cepat berkembang, walaupun sentiasa dalam kekurangan peruntukan dan tenaga kerja.
Unit Dewan bedah adalah merupakan unit guna sama semua department dan dilengkapi dengan kemudahan seperti ‘Pipe in oxygen, compress air dan pipe in vacum, Mempunyai satu ‘Air lock’ 4 bilik bedah utama  yang dilengkapi dengan peralatan. Seperti monitor pesakit ,meja bedah electronic/manual ,GA Mechinedan lain-lain yang boleh dikawal selia setiap masa, satu Ruang Pemulihan untuk menempatkan pesakit yang telah menjalani pembedahan untuk memastikan pesakit benar-benar sedar serta selamat sebelum di hantar balik ke wad /unit masing-masing.

  1. FUNGSI UTAMA DEWAN BEDAH.
    1. Memberi perkhidmatan Pembedahan berkualiti kepada semua pesakit yang  memerlukan.
    2. Memberi perkhidmatan diagnostic dan teraputik mengikut keperluan dan jadual yang ditetapkan.
    3. Sebagai pusat rujukan.
    4. Mewujudkan pusat latihan kepada pelajar-pelajar siswazah.
    5. Memberi sumber maklumat kepada keluarga yang akan menjalani pembedahan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

      • Memberi penjagaan yang berkualiti dan selamat kepada pesakit sebelum, semasa dan selepas pembedahan. 
      • Mengadakan Perkhidmatan Klinik Anestesia kepada pesakit untuk menilai keadaan fizikal dan persediaan mental sebelum pembedahan elektif dijalankan.
      • Memastikan semua pembedahan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan untuk semua disiplin.
      • Menyediakan perkhidmatan 24 jam.
      • Menjalinkan rangkaian perkhidmatan dengan lain-lain hospital/Klinik.
      • Memberi perkhidmatan “Acute Pain Service” kepada pesakit selepas menjalani pembedahan.
      • Memberi perkhidmatan “Day care Surgery” untuk kes Surgikal dan Orthopedik setiap hari selasa dan khamis ( 2.00  petang sehingga 5.00 petang )
      • Memberikan perkhidmatan respon awal bagi kes-kes kecemasan contoh ”Red Alert”.

       

  Print article 

Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Rasmi Hospital Tawau 2021 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.