Laman Web Rasmi Hospital Tawau (https://htwu.moh.gov.my/v3)

Kami Sedia Membantu

Unit Hemodialisis

Category : Profil Jabatan | Published by admin on 03-Apr-2012

OBJEKTIF

1. Menyediakan rawatan hemodialisis kepada pesakit- pesakit kegagalan Ginjal yang dirujuk oleh Pakar Perunding Nefrologi atau Pakar Perunding Perubatan.

2. Memberi rawatan hemodialisis serta melakukan “Pre Renal Transplant Preparation” sebagai   langkah awal untuk persediaan Program Pembedahan Pemindahan Ginjal yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

3. Menyediakan perkhidmatan rawatan Acute Dialysis kepada semua pesakit dalam kes-kes kecemasan

 

MISI

 Akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti ,cekap dan selamat  dengan kemudahan serta kepakaran yang ada kepada semua pelanggan tanpa memilih status, warna kulit, agama dan keturunan . Sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran dan Kualiti Perkhidmatan berterusan dari masa ke semasa .

 

VISI

 

Menjadi pusat rawatan hemodialisis yang utama di Daerah Tawau melalui sistem yang adil,komited, berkualiti, dengan layanan mesra, ikhlas serta bersedia membantu sepanjang masa.

 

SKOP PERKHIDMATAN

 

1. Unit Hemodialisis Hospital Tawau menyediakan perkhidmatan Hemodialisis kepada pesakit-pesakit  

    yang mengidap Penyakit kegagalan Ginjal pada peringkat akhir (ESRD) .

2. Pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan “Acute Dialysis” dengan kadar segera juga disediakan

    bagi kes-kes seperti berikut:

√  Acute Renal Failure (kegagalan ginjal akut)

√   Malaria

√    Keracunan parakuat

 

 

 

Ketua Unit:

 

En.Abdul Mutalib
Penolong Pegawai Perubatan U32
abdtalib@sbh.moh.gov.my