OBJEKTIF
¤Objektif utama dalam perkhidmatan Perawatan Rapi adalah memberi
penjagaan paling optima melalui ‘Evidence – Based Practice’ pada semua
pesakit yang kritikal yang memerlukan penjagaan rapi atau bantuan
sokongan hidup dalam persekitaran yang selamat dan selesa untuk pesakit
dan keluarga pesakit.
¤Ketua Jabatan anesthesia dan unit Rawatan Rapi adalah bertanggung jawab
sepenuhnya dalam segala pengurusan administri, manakala Pegawai
Perubatan anestesiologi yang di lantik adalah bertanggungjawab dalam
pengurusan unit setiap hari supaya morbiditi dan mortaliti boleh dielakkan.
MISI
¤ Menjadikan Perkhidmatan Kesihatan berkualiti tinggi. Menjadi penggalak,
pencegah, pemulihan dan mengurangkan kadar kesakitan terhadap pesakit.
¤ Memupuk Budaya Anggota Berilmu dengan meningkatkan kebolehan dan
kecekapan melalui Program Pendidikan Perubatan dan Perawatan yang
berterusan.
VISI
Menjadi sebuah unit yang dapat memberi Perkhidmatan Profesional dalam
bidang Perawatan Rapi.
SKOP PERKHIDMATAN
¤ Unit Rawatan Rapi Am menyediakan perawatan bagi pesakit dewasa,
pediatrik dan neonatal yang memerlukan rawatan intensif dan rawatan akut
bagi masaalah surgical atau medical.
¤ National Audit on Adult Intensive Care’ melalui KKM – ‘Quality Improvement’
dijalankan di unit rawatan rapi. Iaitu :-
• Head of Bed Elevation’–posisi semi rekumben (kepala katil ditinggikan sekurang -kurangnya 30 – 45 dgree untuk meminimumkan risiko refluks gastro-esofageal dan aspirasi).
• Sedation Vacation’ setiap hari – ubat sedatif akan diberikan kepada pesakit melalui infuse untuk mengurangkan distress dan sakit.
• Profilaksis ‘Peptic Ulcer Disease’ (PUD) – Kolonisasi bacteria dalam salur penghadaman dan aspirasi sekresi kedalam salur pernafasan merupakan penyebab utama ‘ventilator Associated Pneumonia (VAP).
• Profilaksis ‘Deep Vein Thrombosis’ (DVT) – Venous Thromboembolism (VTE)adalah berkait rapat dengan kejadian morbiditi dan mortaliti.
• Penjagaan kateter ‘central venous’ – ‘Central Venous Catheter Care Bundle’(CVC) mestilah mmengikut protocol yang telah disediakan dan pesakit akan dipantau sehingga dibenarkan pulang kerumah.
¤ Prosidur yang di lakukan di Unit Rawatan Rapi adalah :-
• Pemerhatian status hemodinamik secara invasif contohnya arterial line,CVP,CVC.
• Renal Replacement’ (Peritoneal Dialisis,Hemodialisis)
• Intubasi
• Kemasukan tiup dada dan bronkoskopi.
¤ Proses kejururawatan iaitu asesmen. Perancangan,implementasi dan penilaian diikuti dengan rangka kerja perawatan diaplikasikan dalam aktiviti berikut.
• Resusitasi serebral
• Pemerhatian fungsi kardiak dengan interpretasi disritmia secara berterusan
• Pemerhatiian secara berterusan terhadap keperluan fizikal dam emosi pesakit dan tindakbalas terhadap intervensi.
• Kesan baik modaliti termasuk jagaan tiup dada, alat bantuan pernafasan, resusitasi kecemasan termasuk difibrilasi dan pengurusan kardioversi.
• Pemberian ubat ubatan dan intervensi farmakologi
• Darah dan pemberian darah.
• Pengurusan ‘artificial Arway’ dan pesakit yang dibantu dengan alat bantuan pernafasan.
• Terapi oksigen dan ‘Pulse Oximeter’
• Penjagaan dan pengekalan intergriti kulit
• Pemberian nutrisi (pemberian secara enteral, TPN, dan berat badan pesakit.)
• Sokongan psikososial dan emosi kepada pesakit dan keluarga.
• Pengurusan kawalan jangkitan dan keselamatan.
Ketua Unit:
Pn.Hjh. Salasiyah Bt. Hj.Pidah
Ketua Jururawat U32
psalasiya@sbh.moh.gov.my