UNIT HAL EHWAL ISLAM HOSPITAL TAWAU
PENGENALAN
Unit Hal Ehwal Islam Hospital Tawau mula beroperasi pada 1 Disember 2013. Unit ini wujud adalah sebagai satu mekanisme ke arah menjaga kebajikan orang Islam dari sudut rohani dan jasmani selaras apa yang disyariatkan oleh Islam
OBJEKTIF
Objektif Am:
Untuk menjadikan Hospital Tawau sebagai hospital yang berteraskan konsep Hospital Mesra Ibadah.
Objektif Khusus:
VISI
Ke arah penyediaan perkhidmatan yang berkualiti tinggi bertumpukan kepada pesakit, waris, keluarga dan kakitangan melalui kecemerlangan dalam penyelidikan, latihan, inovasi dan teknologi bersesuaian yang berteraskan nilai-nilai Islam selaras dengan konsep Hospital Mesra Ibadah.
MISI
Kami komited ke arah penyampaian perkhidmatan yang holistik dalam mewujudkan pembangunan insan yang syumul dari sudut rohani dan jasmani melalui profesionalisme, kerja berpasukan dan penyayang.
SKOP PERKHIDMATAN
Latihan dan Pembangunan Insan kepada kakitangan:
Perkhidmatan berkaitan Hal Ehwal Islam kepada pesakit dan waris.
- Khidmat nasihat dan bimbingan kerohanian kepada pesakit dan waris.
- Ziarah dan bimbingan pengurusan ibadah pesakit.
- Khidmat Azan/Iqamah bayi yang baru lahir
Waktu Operasi
Isnin – Jumaat ( 8.00 pagi hingga 5.00 petang)
Ketua Unit
Ustazah Nurdalia Binti Abdullah
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
Tel : 089-983533 ext 8368
E-mel : nurdalia@moh.gov.my