Laman Web Rasmi Hospital Tawau (https://htwu.moh.gov.my/v3)

Kami Sedia Membantu

Unit Rawatan Paliatif

Category : Direktorat Perkhidmatan Perubatan | Published by admin on 04-Oct-2018
Untitled Document
     


Pengenalan

-Unit Rawatan Paliatif telah beroperasi pada tahun 1999 dengan hanya mempunyai 8 buah katil sahaja. Memandangkan jumlah BOR tidak mencapai 50%, pada Januari 2015 jumlah bilangan katil dikurangkan kepada 6 buah katil sehinggalah ke hari ini.

-Unit Rawatan Paliatif ini telah dibuka dengan rasminya pada 07.01.1999 oleh Y.B Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Sabah iaitu Dr. Meganathan R. Ia merupakan sebuah unit yang dikhaskan untuk pesakit yang menghidap penyakit kanser peringkat terminal (Advanced Cancer), walaubagaimanapun perkhidmatan ini telah diperkembangkan kepada penyakit bukan kanser yang kronik yang tidak dapat disembuhkan (end stage).Unit Rawatan Paliatif telah dinaik taraf pada 05 hb September sehingga 31hb Disember 2016, dan telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min pada 9 jun 2017.

     


Perkhidmatan Yang Disediakan