Pengenalan
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental telah dibuka pada 1 hb. Disember 2013.
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental memberi perkhidmatan yang terdiri :
Perkhidmatan Yang Disediakan
Wad Psikiatri
Wad Psikiatri mempunyai 2 wad yang berasingan iaitu wad lelaki dan wad perempuan. Mempunyai 20 katil rasmi dan masing-masing 14 katil untuk wad lelaki dan 6 katil untuk wad perempuan.
Kakitangan Wad Psikiatri ini bertugas pada 3 shift iaitu shift pagi,shift petang dan shift malam. Setiap shift hanya seorang Jururawat atau Penolong Pegawai Perubatan sahaja yang bertugas dengan dibantu oleh seorang Pengawal Keselamatan.
Klinik Psikatri
Klinik Psikiatri telah beroperasi dibangunan 6 tingkat sejak bulan Julai 2017 setelah dipindahkan dari Klinik Pakar.
Klinik Psikiatri beroperasi 3 kali seminggu iaitu setiap hari selasa, rabu dan khamis. Kedatangan pesakit setiap sesi klinik lebih kurang 35 orang.
Hanya 2 orang Jururawat Masyarakat yang bertugas masa pejabat untuk mengendalikan klinik .
Semua Rekod Perubatan Pesakit (RPP) disimpan di klinik Psikiatri.
Semua RPP yang berkaitan untuk disiplin yang berlainan akan dirujuk ke klinik untuk proses peminjaman samada pesakit dimasukkan ke wad atau pesakit mempunyai temujanji di lain disiplin.
Community Psychiatry Unit
Hanya 2 orang Jururawat yang bertugas masa pejabat untuk mengendalikan kes-kes komuniti.
Antara tugas-tugas komuniti adalah :
Program saringan pelajar masalah pembelajaran di sekolah-sekolah.
Beroperasi sejak bulan Oktober 2016. Dijalankan di 10 buah sekolah dalam DaerahTawau. Seorang pakar, seorang pegawai perubatan dan seorang jururawat yang bertugas dalam program ini.
Bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan murid-murid diperingkat awal seperti Autism, Hyperactive, Inattentiveness, Mental Retardation.
Lebih kurang kehadiran murid-murid 30 – 40 orang setiap sesi.
Rawatan Electroconvulsive Therapy (ECT)
Prosedur Electroconvulsive (ECT) adalah suatu tindakan terapi dengan menggunakan aliran elektrik dan menimbulkan kejang pada pesakit tonik mahupun klonik. Tindakan ini adalah bentuk terapi pada pesakit dengan mengalirkan arus elektrik melalui elektrod yang dilekatkan pada dahi pesakit untuk mewujudkan kekejangan grandmal.
Dijalankan di dewan bedah dengan dibantu oleh pegawai perubatan anesthesia.
Beroperasi sejak Jun 2017 dengan kehadiran pakar pskiatri.