Laman Web Rasmi Hospital Tawau (https://htwu.moh.gov.my/v3)

Kami Sedia Membantu

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G)

Category : Direktorat Perkhidmatan Wanita & Kanak Kanak | Published by admin on 04-Oct-2018

Pengenalan


- Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Hospital Tawau telah menjadi pusat rujukan dari Hospital  Kunak dan Hospital Semporna (iaitu Hospital Tanpa Pakar), Hospital Lahad Datu dan kadang kala menjadi pusat rujukan dari negara Indonesia.  Kes-kes yang dirujuk adalah kes-kes ibu mengandung atau selepas bersalin yang berisiko tinggi dan  memerlukan bantuan kepakaran. Jabatan O&G menyediakan dua perkhidmatan iaitu pesakit luar dan  pesakit dalam.

- Untuk perkhidmatan pesakit luar ia dijalankan di Klinik  Pakar O&G dimana sebelum ini Klinik ini beroperasi di Klinik Pakar poliklinik. Pada 10.04.2017 Klinik O&G mula beroperasi  di Bangunan Lama ‘Ground Floor’ dimana Klinik ini mempunyai 5 buah bilik dan setiap bilik dibantu oleh seorang Jururawat Masyarakat. Terdapat 2 orang Pembantu Tadbir(PT) bertugas di Klinik O&G.

- Untuk perkhidmatan pesakit dalam, terdapat 5 wad dengan mempunyai jumlah katil rasmi sebanyak 77 buah katil. Wad -wad adalah terdiri daripada:-

i) Wad Antenatal (mempunyai 21 katil rasmi termasuk 1 bilik 1st class)    
ii) Wad Postnatal (mempunyai 20 katil rasmi )
iii) Wad Maternity 3/PAC (mempunyai 15 katil rasmi)
iv) Wad Bersalin (mempunyai 7 buah katil untuk bersalin) 
v) Wad Ginekologi (mempunyai 21 katil rasmi termasuk 1 bilik 1st class)

- Selain daripada 5 buah wad, Jabatan O&G juga mempunyai Unit Laktasi untuk membantu ibu-ibu dalam memberi pendidikan dan penjagaan berkaitan dengan penyusuan susu ibu di Hospital Tawau. Semua Wad dan Unit Laktasi berada di Bangunan Lama Tingkat 1 manakala Wad Maternity 3/PAC di ‘Ground Floor’ Hospital Tawau. Untuk kemasukan pesakit kes-kes rujukan, kes akan melalui Jabatan Kecemasan dan Trauma manakala untuk kes bukan rujukan atau dari Klinik O&G akan masuk melalui Wad Maternity 3/PAC

- Jabatan Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Tawau akan sentiasa memberikan perkhidmatan yang professional dan dedikasi kepada semua ibu mengandung yang datang ke hospital untuk mendapatkan bantuan penjagaan dan perawatan untuk kes Antenatal,Postnatal dan Genikologi.

Objektif Jabatan

Perkhidmatan yang disediakan